Ngerii! Pria Ini Menderita Akibat Jilatan Serigala
- Haiwan seperti serigala bagi kita mungkin ia agak asing kerana ia
bukan mudah ditemui seperti anjing dan kucing. Selain itu, serigala juga
turut dikaitkan dengan serigala jadian yang akan muncul pada waktu
malam bulan mengambang. Biarpun ia seakan cerita khayalan, serigala juga
boleh dianggap merbahaya. KisahBest.My inginberkongsi dengan anda
tentang penderitaan seorang lelaki yang dikatakan menghidap penyakit
misteri selepas dijilat oleh seekor serigala. Mengapa boleh jadi begitu?
Di Guizhou China, seorang lelaki berusia 64 tahun kelihatan
mempunyai gigi seperti tumbuh diluar bibirnya malah bahagian bibir
atasnya juga kelihatan hilang. Berdasarkan kisahnya, lelaki tersebut
pernah mendaki gunung ketika berusia 11 tahun dan terserempak dengan
seekor serigala. Serigala tersebut tidak menjadikannya makanan tetapi
hanya menjilat bibirnya.
Atas insiden itu, dia dipercayai terkena jangkitan penyakit dan
terpaksa mendapatkan rawatan. Kesannya adalah seperti mana yang berlaku
padanya hari ini. Keadaan mulutnya yang sebegitu menyukarkan kehidupan
sehariannya seperti untuk makan atau bercakap dengan orang ramai.
[
sumber ]